i)
Sumber Kewangan
Sumbangan
individu,pelajar,PIBG dan NGO
Wang Sagu
hati (Tempat Ke 5) - pertandingan Serasi
Kategori Harapan 2015/2016
Penjanaan wang dari Unit Serasi hasil penjualan pokok bunga pukul sembilan kepada orang awam
Penyediaan
Perancangan Belanjawan
Persatuan
Bahasa,Persatuan Sains dan Matematik dan Unit SERASI akan menyediakan
perancangan belanjawan lebih awal sebelum sesuatu projek dan program
dijalankan.Perancangan belanjawan ini dibuat untuk menentukan hala tuju sesuatu
projek dan program itu dimulakan. Ini kerana,kadang-kala bajet yang diperlukan
masih belum mencukupi.Oleh itu,perancangan yang sistematik dan otipmun amat
penting dalam penyediaan belanjawan.
Laporan Kewangan
Bendahari
Unit SERASI akan menjalankan laporan kewangan setahun sekali. Pelaporan
kewangan ini mencatatkan wang masuk dan wang keluar serta baki wang yang
ada.Setiap program dan projek yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang
melibatkan pengeluran kewangan akan catatkan dalam buku kira-kira.
Jumlah bajet SERASI
Setiap program yang dijalankan perlu ada anggaran peruntukan perbelanjaan
dalam tahun semasa. Anggaran kos perbelanjaan ini perlu
dimasukkan jumlah [RM] secara keseluruhan.
Strategi/kaedah penjanaan
Unit SERASI telah merancang takwim
tahunan. Takwim ini merangkumi Bulan,Program,Tindakan,Anggaran kos dan sumber
kewangan diperolehi serta ringkasan program / aktiviti. Penjanaan kewangan juga
akan dinyatakan dari mana sumber diperolehi.Namun begitu,penjanaan sumber ini
diperolehi daripada derma guru dan kewangan sekolah.
Audit bajet
Penyelaras Unit Serasi akan
menyediakan bajet dalam setiap tugas-tugas rutin yang dijalankan dalam program
yang telah dirancang. Jumlah anggaran kewangan ini dinyatakan. Namun
begitu,perancangan aktiviti ini bergantung dengan sebarang perubahan dan
kelulusan pada kertas kerja.
Nama pengesah & Nama pelapor
kewangan
Dalam bajet
ini,perlu ada nama pelaporan kewangan yang menyediakan perancangan bajet
program. Setelah itu penyemakan anggaran bajet ini akan disemak oleh seseorang
yang telah dilantik oleh pihak
pentadbiran sekolah. Anggaran bajet ini
akan diluluskan oleh Guru Besar bergantung dengan keperluan kewangan yang ada.
0 ulasan "SUMBER KEWANGAN SERASI", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan