PROGRAM 1 GURU 1 POKOK


Ø Penanaman  1 Guru 1 Pokok
   
 Guru- guru SK.Sungai Sapi,Beluran telah menjalankan 1 program 1 Guru 1 Pokok. Tujuan utama program ini adalah  memupuk  kelestarian alam sekitar.Justeru, merapatkan hubungan antara sesama guru dan warga sekolah.
Ø  Program Minggu Alam Sekitar







    Warga sekolah  membawa anak pokok bunga orkid dan pokok bunga berdaun  untuk didermakan kepada sekolah  dan akan ditanam di persekitaran sekolah. 



Pada tahun 2018, satu aktiviti telah dirancang. Unit SERASI telah menjalankan program Minggu Alam Sekitar. Tujuan program ini ialah menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan dan menyemai sikap kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar kita. Terdapat banyak aktiviti –aktiviti yang dirancang salah satunya ialah menyemai pokok bunga orkid, mewarna dan melukis poster untuk tahap 2 ,manakala tahap 1 dan pra sekolah turut serta mengikuti pertandingan mewarna kertas lukisan yang bertemakan alam sekitar. Selain itu pertandingan mendeklamasi sajak untuk tahap 2 dan pertandingan membaca cerita bertemakan alam sekitar.


Ø  Program Minggu Alam Sekitar



Ø  Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesies yang sesuai
Pemeliharaan dan pemuliharaan pokok adalah dibawah kawalan Unit Beruniform,Persatuan, sukan dan permainan. Jadual telah diatur.Pemeriksaan berkala secara bergilir dilakukan oleh setiap Unit Beruniform,persatuan,sukan dan permainan ini. Mereka akan ditugaskan memantau bilangan haiwan perosak dan jenis haiwan tersebut.Membersih kawasan pokok yang telah ditumbuhi rumput-rumput yang tinggi.Mereka juga ditugaskan menyiram pokok setiap hari bergantung dengan  keadaan cuaca.Sekiranya kawasan tanah tersebut masih lembab maka pokok tersebut tidak perlu disiram.

Ø  Penubuhan Stesen Pembelajaran
Guru-guru di sekolah ini telah menjadikan penggunaan kotak,tin, botol mineral dan sebagainya.  stesen pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa inggeris, Bahasa Kadazan dan Dusun. Pelajaran dan pembelajaran ini dilakukan di luar kelas. Akitiviti-aktiviti ini melibatkan guru.
Pembelajaran ini berkonsepkan bahan kitar semula.
                   

Ø  Penyelenggaraan Kawasan
                       Pekerja tukang kebun akan menyelenggara kawasan sekeliling sekolah sepanjang hari. Rumput yang sudah terlalu panjang akan dipotong sekali dalam dua minggu. Rumput dipotong supaya rumput akan rata,kemas dan terurus


0 ulasan "PROGRAM 1 GURU 1 POKOK", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan