PERANCANGAN PROGRAM


PERANCANGAN PROGRAM DAN SENARAI TAJUK AKTIVITI  DALAM PELAKSANAAN  AKTIVITI  ALAM SEKITAR 2016 - 2018

Strategi dan pelan tindakan pelaksanaan pengurusan dalam menjayakan program SERASI bermula tahun 2013 hingga 2016. Walau bagaimanapun  pada penghujung tahun 2016, pihak sekolah telah  menyediakan perancangan strategik dan pelan tindakan yang baru. Terdapat beberapa perubahan dalam aktiviti yang dirancang namun ada juga aktiviti yang hanya ditambahbaik agar dapat mencapai visi dan misi sekolah. Berikut adalah perancangan strategik yang telah dirancang bagi tahun 2016.- 2018


1.    GOTONG ROYONG PERDANA SERASI BERSAMA PIBG SIRI 1/2017
-       Penganjuran program kefahaman dan kesedaran seperti program gotong-royong perdana peringkat sekolah yang melibatkan pelajar, ibubapa, guru, dan KTBM
2.    GOTONG ROYONG PERDANA SERASI BERSAMA PIBG SIRI 2/2017
-       Penganjuran program kefahaman dan kesedaran seperti program gotong-royong perdana peringkat sekolah yang melibatkan pelajar, ibubapa, guru, dan KTBM
3.    GOTONG ROYONG PERDANA 1 (3K/SERASI)  ANJURAN BERSAMA SERASI PERINGKAT SEKOLAH

-       Aktiviti gotong –royong  bersama warga sekolah.
                Gotong-royong ini melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2. Guru-       guru,KTBM,pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan sekolah turut  bekerjasama menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit SERASI.



4.    MINGGU SERASI
-       Minggu serasi ini melibatkan murid-murid dan kakitangan sekolah. Aktiviti ini menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan ko-kurikulum,kokurikulum dan penghijauan sekolah.
-       Penyebaran maklumat kepada warga sekolah bahawa pentingnya bahan terbuang.
5.    KEMPEN KITAR SEMULA
-       Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada warga sekolah tentang bahan kitar semula

6.    PROGRAM SMART JATI DIRI PELAJAR
-       Melibatkan  warga sekolah dan murid tentang aktiviti persembahan malam aspresiasi bertemakan Jagalah bumi kita.
7.    KUIZ ALAM SEKITAR
-       Memberi pengetahuan dan penyebaran maklumat melalui kuiz alam sekitar kepada  murid-murid dan warga sekolah.
8.    PAMERAN SERASI – HARI ALAM SEKITAR ( SK.HOLY CROSS )
-       Sekolah Sungai Sapi telah menyertai pameran Serasi semasa sambutan Hari Alam Sekitar yang diadakan di SK.Holy Cross
9.    JARINGAN SERASI – ( SK.SUNGAI SAPI / SK.SERI PAGI )
-       Lawatan SK.Seri Pagi Beluran ke Sk.Sungai Sapi sebagai lawatan penanda aras untuk mempelajari tentang penghijauan sekolah.
10. PERTANDINGAN REKA CIPTA
-       Penglibatan murid –murid dalam pertandingan reka cipta adalah memberi kesedaran kepentingan dalam bahan terbuang.
11. CERAMAH 3K / SERASI
-       Melibatkan kerjasama antara Guru 3K dan Guru SERASI dalam ceramah kebersihan,keselamatan,kecerian dan kesihatan.

12. HARI BOTOL MINERAL
-       Melibatkan murid dan warga sekolah sebagai usaha untuk mengumpul botol mineral yang tidak diguna untuk membina pondok SERASI

13. TAKLIMAT MENJAGA ALAM SEKITAR PERINGKAT SEKOLAH
-       Mengetahui kepentingan menjaga serta menghargai alam sekitar dikalangan warga sekolah SK.Sungai Sapi.


14. PEMBINAAN PONDOK SERASI
-       Pondok SERASI diwujudkan untuk penyebaran info serta maklumat tentang pendidikan alam sekitar.


15. KEMPEN ” NO POLISTERIN ”
-       Salah satu usaha murni yang dilakukan oleh pihak sekolah yang mana ia perlu dihentikan  penggunaan polisterin di kantin sekolah.

16. PROGRAM 1 GURU 1 POKOK
-       Penglibatan warga sekolah dan ibu bapa dalam menderma pokok  bunga sebagai usaha murni untuk meningkatkan suasana sekolah yang hijau dan menarik.

0 ulasan "PERANCANGAN PROGRAM", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan