SISTEM PENGURUSAN TAMAN
i) Sumber Manusia
Mewujudkan Suasana sekolah yang kondusif,menghijau dan menceriakan
persekitaran sekolah maka pihak sekolah telah mengambil iktibar serta
langkah dengan menggalakkan pengujudan
taman.Bagi mencapai tujuan ini,pihak pengurusan telah melaksanakan pengurusan taman
yang bersesuaian mengikut perkembangan semasa iaitu dari segi reka bentuk taman
yang sentiasa diubahsuai. Oleh itu,projek ini dibina secara bersama yang
sebahagian guru-guru sekolah, kakitangan sekolah,murid-murid,pekerja kontrak
pembersihan dan pengawal sekolah serta masyarakat setempat.
ii)
Pelan & Tatacara Pengurusan Taman
Berikut adalah pelan dan tatacara pengurusan taman yang
diamalkan di sekolah ini.
Untuk merancang pengurusan taman maka pelan dan tatacara
pengurusan perlu diamalkan . Setiap pengurusan perlu adalah pengenalan sesuatu
projek, matlamat,objektif pelaksanan projek yang berhubungkait tentang
penghijauan. Guru,murid dan ibubapa juga
mendapat manafaat daripada projek tersebut.Pelan pelaksanaan projek juga perlu
disediakan dalam tatacara pengurusan taman. Salah satu daripadanya ialah
menyediakan jadual kerja mengikut carta gantt,Pembentangan struktur projek,
pemerhatian dan pemantuan ke kawasan taman dan gotong-royong membersihkan
kawasan projek. Penubuhan ahli jawatankuasa pelaksana dalam pengurusan taman
diujudkan supaya mereka dapat melaksankan
tugas-tugas yang diberikan.
Khidmat nasihat daripada pakar pengurusan tanam punca sumber kewangan
perlu dibincangkan dalam mesyuarat bagaimana untuk mencari dana untuk
memantapkan taman yang dibina. Selain itu,maklumat yang berkaitan dengan
pengurusan taman perlu diketahui sebagai contoh meletakkan papan tanda nama
setiap tumbuhan yang ditanam . Pelaporan sesuatu pengurusan taman perlu dinyatakan. Pelaporan
ini penting untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam pengurusan taman
tersebut.
Jadual Bertugas
Jadual bertugas perlu dipamerkan di tempat yang mudah
dilihat seperti di setiap papan kenyataan,di sudut pintu bilik dan luar
pejabat. Penyediaan ruang khas ini penting untuk memudahkan petugas ketika itu
merujuk supaya dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan
Pemantauan Kesihatan Habitat Taman
Pemantauan kesihatan habitat taman dikendalikan sendiri
oleh kontrak pembersihan swasta, guru dan murid
yang berkaitan. Diantara yang dipantau adalah seperti berikut:
BIL
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
1
|
Kecerian taman
|
Kontrak pembersihan dan Unit Beruniform
|
2
|
Kesesuaian spesisi tumbuhan / herba
|
Guru Bahagian Penghijauan dan Guru kecerian
|
3
|
Penggunaan baja organik
|
Tukang Kebun dan murid Unit Beruniform
|
4
|
Penyiraman tumbuhan
|
Murid,tukang kebun dan Persatuan Bahasa
|
5
|
Penggunaan air hujan
|
Pekerja pembersihan
|
4.1.2 REKABENTUK TAMAN
i)
Keadaan Landskap Taman
Taman
herba,Projek kolam ikan,Pondok Aman dan Pondok Orkid mempunyai landskap taman
yang dirancang lebih awal.Tapak pembinaan setiap taman telah ditentukan oleh
ahli jawatankuasa yang telah bermesyuarat dan mengambil kira tentang kesesuaian
tapak. Dengan adanya keadaan Landskap Taman yang terancang serta menarik
tema,kedudukan dan jenis tanaman yang disesuaikan
Taman Orkid
Taman Herba
Pondok Aman
Kolam Ikan
0 ulasan "PENGURUSAN TAMAN", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan