SISTEM PEMANTAUAN
Dilaksanakan oleh pihak-pihak
tertentu seperti Unit kecerian sekolah, unit Pembersihan sekolah dan Unit
SERASI dengan menggunakan beberapa cara seperti berikut:-






a.
Pemantauan Kebersihan Kelas
i)
Pihak sekolah akan
menyediakan jadual guru bertugas setiap minggu.Guru bertugas diwajibkan
memantau kebersihan kelas.Guru bertugas ini akan menilai dari segi kebersihan
lantai,tingkap,papan tulis,papan kenyataan,keadaan siling,susun atur meja dan
kerusi,meja guru,keadaan langsir,dan dinding kelas dengan menggunakan borang
pemantuan kebersihan kelas. Pemantuan ini dijalankan di setiap kelas tahap 1
dan tahap 2.
ii)
Selain itu,guru bertugas
juga akan memantau disiplin murid ketika itu.
iii)
Borang penilaian akan
diisi oleh guru bertugas berdasarkan skala yang ditetapkan iaiitu 1 hingga 4=
kurang baik, 5 hingga 8 baik=sederhana baik
dan 9 hingga 12 sangat baik.
b. Pemantauan Kebersihan
Kawasan Sekolah
i)
Pekerja Kontrak adalah
dibawah pemantauan PK HEM.Oleh itu,tugas pekerja kontrak bahagian pembersihan
ialah menbersihkan sekitar sekolah termasuk tandas juga .
ii)
Guru yang memasuki kelas
jam 7.20 pagi untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran menjalankan
terlebih dahulu pemantauan kelas selama 3 minit. Pemantaun ini dijalankan untuk
mengingatkan murid-murid bahawa amalan membersihkan kelas amat diutamakan agar
murid merasa selesa .
iii)
Pengawas sekolah turut
mengambil peranan membantu pemantauan kebersihan di sekitar sekolah.Sekiranya
murid didapati membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya,maka pengawas
sekolah akan mencatat nama dan kelas mana
murid itu berada. Pengawas sekolah melaporkan kepada guru bertugas
ketika itu.markah akan dipotong berdasarkan kesalahan murid tersebut.
iv)
Guru bertugas
mingguan dan PK HEM akan membuat
pemeriksaan semula sekiranya terdapat laporan yang kurang memuaskan dan
melaporkan perkara tersebut kepada Guru Besar.
c. Pemantauan Taman &
Kesihatan Tanaman
Pemantauan terhadap tanam dan kesihatan tumbuhan turut diambil kira.
Sekiranya tanaman tersebut tidak lagi subur maka ia perlu diganti dan akan
ditanam yang baru.Pekerja pembersihan akan memantau setiap kawasan taman.
d. Pemantauan Penjimatan
Lektrik, Air & Kertas
Setiap
kelas,pejabat, dan bilik guru diwajibkan melekatkan label penjimatan elektrik. Selain itu,saranan
tentang penjimatan air juga ditampal di dalam tandas. Manakala penggunaan dan
penjimatan kertas turut diambil kira. Setiap kelas, yang menggunakan kertas
lukisan diwajibkan menggunakan kedua-dua muka surat. Manakala kerani sekolah disarankan juga
menggunakan kertas warna yang pelbagai jenis tidak perlu membuang tetapi
digunakan semula untuk catatan.
2.6 SISTEM PELAPORAN
i)
Fail SERASI
Setiap kali perjumpaan,aktiviti,mesyuarat dan program –program direkod di dalam fail. Unit SERASI menyediakan tiga fail untuk program SERASI. Fail tersebut mengandungi surat-menyurat,minit mesyuarat,kertas kerja,rekod aktiviti yang telah dijalankan dan laporan perbelanjaan.
i)
Papan kenyataan
Setiap makluman
aktiviti sekolah,maklumat lain dan laporan
bergambar akan ditampalkan di papan kenyataan. Tujuannya agar warga sekolah
melibatkan diri aktiviti-aktiviti sekolah.
ii) Multimedia
Murid-murid yang mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti minggu alam sekitar yang dijalankan di
sekolah akan dimasukkan dalam bentuk CD.
Pihak sekolah telah memasukkan segalaa aktiviti tersebut dan mengumumkan dalam
perhimpunan sesiapa murid yang ingin berminat membeli CD untuk disimpan sebagai kenangan
iii) Siar raya
Setiap aktiviti-aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah akan disiar raya di Bahagian Radio RTM di
sandakan.Salah satu aktiviti-aktiviti tersebut ialah Minggu Alam Sekitar.
Objektif ,tarikh dijalankan aktiviti dan perasmi turut diumumkan.
2.7 ELEMEN KHAS PENGURUSAN

Setiap tahun sekolah akan menyambut hari khas alam
sekitar. Unit Serasi akan mengadakan
pertandingan mewarna berkaitan alam Sekitar sekolah. Murid pra sekolah,tahap 1
dan tahap 2 akan terlibat.

-
Guru Serasi
akan menyebarkan maklumat berkaitan Alam Sekitar setiap isnin semasa
perhimpunaan diadakan.Ini bertujuan memberi pendedahan Pendidikan Alam Sekitar
Merentas Kurikulum.

-
Program ini dirancang lebih awal agar murid
membuat melakukan persediaan awal bahawa mereka akan dilatih cara menyemai pokok bunga dengan sendiri menanam benih. Apabila sudah membesar
anak pokok tersebut akan di tanam di sesuatu taman yang telah dirancang.
0 ulasan "SISTEM PEMANTAUAN", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan