2.0 PENGURUSAN ALAM SEKITAR
2.1 KENYATAAN ILTIZAM PROGRAM
SEKOLAH LESTARI / SERASI
Program Lestari sekolah ini adalah bertujuan bagi
memberi kesedaran kepada warga sekolah khususnya untuk para guru dan juga para
pelajar akan kepentingan pembangunan lestari, keperluan melestarikan pendidikan
ke arah proses pembangunan negara, meningkatkan kefahaman lestari di kalangan
guru dan pelajar yang mampu memberi impak terhadap pembangunan negara.
Melalui program ini, elemen pendidikan
alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara langsung
dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan
kokurikulum. Penglibatan warga sekolah dalam program Lestari ini akan memberi
kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam
di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di
peringkat negara.
2.1.1 RASIONAL
Program Lestari ini adalah satu usaha melaksanakan Dasar Alam Sekitar
Negara.Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan strategi hijau.
Strategi pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi
kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan
lestari,selaras dengan prinsip –prinsip pembangunan mampan. Pendidikan dan
kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan
pengetahuan,kefahamaan,perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini
perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah
amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang
berkesan untuk memupuk kesedaran tentang
alam sekitar adalah melalui insitusi pendidikan terutamanya sekolah.
2.1.2 MATLAMAT
Matlamat
utama Program Alam Sekitar ini adalah untuk menerapkan nilai
murni
alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan
penghijauan
secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras
dengan
konsep pembangunan lestari. Memperkenalkan konsep 5R bagi
tujuan
pelestrian sekolah iaitu Rethink, Repair, Reduce, Reuse dan Recycle
iaitu
fikir semula, baik pulih, kurangkan , guna semula dan kitar semula.
2.1.3 OBJEKTIF
i)
Memupuk sikap bertanggungjawab setiap warga sekolah
terhadap alam sekitar.
ii)
Meningkatkan kesedaran warga sekolah dan masyarakat
setempat terhadap usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
iii)
Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi
melahirkan warga sekolah yang mempraktikan
amalan hidup lestari.
iv)
Memupuk dan menggalakan aktiviti mesra alam dan
mengamalkan nilai murni alam sekitar
pada kalangan warga sekolah.
v)
Menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran
sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
vi)
Mewujudkan persekitaran sekolah yang boleh menarik
penglibatan setiap warga sekolah dalam program sekolah lestari
vii) Melibatakan semua lapisan warga
sekolah bersama keluarga,komuniti setempat,kerajaan,pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
viii)
Menggalakkan
kerjasama diantara warga sekolah dengan masyarakat setempat dalam aktiviti penjagaan alam
sekitar
ix)
Menggalakan penjimatan guna sumber dan penggunaan 5R.
2.1.4 VISI
Menjadikan SK Sungai Sapi sebagai Sekolah hijau berteraskan Lestari Alam
Sekitar.
2.1.5 MISI
Mewujudkan
suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikan amalan hidup lestari.
0 ulasan "PENGURUSAN ALAM SEKITAR", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan