Isnin, 6 Ogos 2018

PROJEK TANAMAN LADA SK SUNGAI SAPI


TITIK MULA PROJEK
Pada 4 Julai 2018 Tuan Haji Soje Bin Haji Abdul Hassan telah melawat ke SK Sungai Sapi.Beliau sempat meninjau persekitaran sekolah dan mencadangkan sekolah ini mencipta identiti baru dan belum dilakukan oleh mana-mana sekolah di daerah ini.Beliau mencadangkan sekolah ini menjalankan projek penanaman lada.Kebetulan Encik Saidi Liasan dan Encik Ahmad Zain Opau yang mengiring tinjauan PPD Beluran diberikan mandat dan cabaran untuk merealisasikan projek.

Encik Saidi Liasan dan Encik Ahmad Zain telah memaklumkan kepada Encik Manggi Santiri selaku Guru Besar SK Sungai Sapi akan cabaran yang Tuan Haji Soje berikan.

Encik Manggi Santiri selaku Guru Besar bersetuju dengan projek yang dicadang oleh PPD Beluran.Guru Besar memaklumkan kepada Ecik Luzinin Bandasi selaku penolong kanan 1 SK Sungai Sapi supaya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap perlaksanaan projek ini dan menjadikan projek tanaman lada ini sebagai tanggungjawab keseluruhan warga SK Sungai Sapi dan.

 Pada 14 Julai 2018 [Sabtu] Encik Saidi Liasan bersama dua orang anaknya telah pergi ke sekolah untuk menanda kawasan dan jarak tanaman pokok lada.Target sejumlah 45 pokok lada akan ditanam sebagai permulaan.
 Encik Saidi Liasan telah berusaha dan mendapatkan tayar yang boleh didapati di Sandakan dengan kadar harga RM 10.00 untuk 3 tayar.
 Encik Luzinin Bandasi telah menghubungi Timbalan YDP PIBG untuk mendapatkan tanah hitam daripada pengurusan Ladang Reka Halus.Setelah tanah hitam diperolehi maka bermulalah gotong royong mengisi dan memenuhkan tayar dengan campuran tanah hitam dan tanah biasa.

 Gotong royong bersama murid
 Encik Manggi Santiri walaupun belum sihat sepenuhnya turut bersama dalam aktiviti bergotong royong.
Pekerja pembersihan,guru-guru dan murid melakukan kerja bergotong -royong



 Pengisian tanah pada 45 buah pasu tayar telah selesai 
 Encik Saidi Liasan dan Encik Ahmad Zain bersama murid yang membawa lada untuk ditanam
Sebahagian besar bibit lada diperolehi sumbangan daripada ibu bapa murid yang telah diiklankan melalui grup Whatsapp PIBG
 Pada 2 Ogos 2018[Khamis] merupakan hari perasmian dan pelancaran penanaman lada.Encik Manggi Santiri dan Encik Luzinin mendahului upacara penanaman lada.
Upacara menyiram setelah selesai kerja menanam lada secara rasmi.

Selasa, 17 Julai 2018

VIDEO KAMI BERKAITAN SERASI DAN AKTIVITI SEKOLAH

PERTENDINGAN KECERIAAN SEKOLAH
ANJURAN KUMPULAN ALAM SEKITAR MAHKAMAH SABAH
PERTANDINGAN KECERIAAN PERINGKAT NEGERI SABAH ZON SANDAKAN
TAHUN 2017
SEJARAH SEKOLAH
PROJEK MEGA SK SUNGAI SAPI
AKTIVITI SK.SUNGAI SAPI BELURAN TAHUN 2017


Ahad, 15 Julai 2018

PROGRAM 1 GURU 1 POKOK


Ø Penanaman  1 Guru 1 Pokok
   
 Guru- guru SK.Sungai Sapi,Beluran telah menjalankan 1 program 1 Guru 1 Pokok. Tujuan utama program ini adalah  memupuk  kelestarian alam sekitar.Justeru, merapatkan hubungan antara sesama guru dan warga sekolah.
Ø  Program Minggu Alam Sekitar







    Warga sekolah  membawa anak pokok bunga orkid dan pokok bunga berdaun  untuk didermakan kepada sekolah  dan akan ditanam di persekitaran sekolah. 



Pada tahun 2018, satu aktiviti telah dirancang. Unit SERASI telah menjalankan program Minggu Alam Sekitar. Tujuan program ini ialah menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan dan menyemai sikap kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar kita. Terdapat banyak aktiviti –aktiviti yang dirancang salah satunya ialah menyemai pokok bunga orkid, mewarna dan melukis poster untuk tahap 2 ,manakala tahap 1 dan pra sekolah turut serta mengikuti pertandingan mewarna kertas lukisan yang bertemakan alam sekitar. Selain itu pertandingan mendeklamasi sajak untuk tahap 2 dan pertandingan membaca cerita bertemakan alam sekitar.


Ø  Program Minggu Alam Sekitar



Ø  Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesies yang sesuai
Pemeliharaan dan pemuliharaan pokok adalah dibawah kawalan Unit Beruniform,Persatuan, sukan dan permainan. Jadual telah diatur.Pemeriksaan berkala secara bergilir dilakukan oleh setiap Unit Beruniform,persatuan,sukan dan permainan ini. Mereka akan ditugaskan memantau bilangan haiwan perosak dan jenis haiwan tersebut.Membersih kawasan pokok yang telah ditumbuhi rumput-rumput yang tinggi.Mereka juga ditugaskan menyiram pokok setiap hari bergantung dengan  keadaan cuaca.Sekiranya kawasan tanah tersebut masih lembab maka pokok tersebut tidak perlu disiram.

Ø  Penubuhan Stesen Pembelajaran
Guru-guru di sekolah ini telah menjadikan penggunaan kotak,tin, botol mineral dan sebagainya.  stesen pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa inggeris, Bahasa Kadazan dan Dusun. Pelajaran dan pembelajaran ini dilakukan di luar kelas. Akitiviti-aktiviti ini melibatkan guru.
Pembelajaran ini berkonsepkan bahan kitar semula.
                   

Ø  Penyelenggaraan Kawasan
                       Pekerja tukang kebun akan menyelenggara kawasan sekeliling sekolah sepanjang hari. Rumput yang sudah terlalu panjang akan dipotong sekali dalam dua minggu. Rumput dipotong supaya rumput akan rata,kemas dan terurus


PROSES IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN


4.1.                     PROSES IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN


Ø  Program penanaman menggunakan Baja Moll

sk Sungai Sapi telah menjemput SK.Seri Pagi Beluran untuk memberi taklimat dan bengkal untuk membuat baja mol ( Mikro organisma
Lokal ). Pembuatan baja mol ini banyak faedah dan kebaikkan yang kita perlui. Tanaman sayur manis, cili merah dan cili padi semakin subur dan pokonya membesar serta buah ladanya menjadi rimbun.





KEBERSIHAN DAN PENJAGAAN TAMAN


Kebersihan Taman
-      Unit Beruniform  , persatuan Bahasa dan sukan dan permainan yang akan dipertanggungjawabkan menyelia kebersihan taman. Setiap kali perjumpaan ko-kurikulum pada setiap rabu selepas waktu sekolah,pihak  pengurusan sekolah telah menyediakan peruntukkan masa selama 20 minit yang pertama untuk membersihkan kawasan taman masing-masing.
-      Pekerja-pekerja pembersihan sekolah [swasta] sentiasa memantau akan kebersihan taman.Menyiram bunga,menanam pokok bunga semula apabila bunga tidak lagi subur.  
-      Murid-murid dilarang tidak membuang sampah –sarap di merata tempat agar dan keindahan persekitaran kawasan sekolah terpelihara.





Kebersihan taman dilakukan oleh pekerja Pembersihan swasta setiap hari.
   
Susun Atur Taman
UNIT SERASI dengan kerjasama pihak sekolah telah mengatur strategi dalam pelan penyusunan atur taman yang lebih kondusif. Penyusunan  atur taman ini bergantung kepada tema dan kesesuaian kawasan taman. Susun atur taman yang cantik akan menceriakan kawasan sekolah. Oleh itu,setiap tahun,pekerja kontrak akan menyelenggara taman ini dengan memantau keadaan tumbuhan bunga ini terurus dengan sistemati




SK.Sungai Sapi  telah bekerjasama  dengan Pusat Penyelidikan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dalam Projek Sekolah Hijau


Persekitaran yang bersih, indah dan ceria


Suasana persekitaran sekolah yang cantik dan indah. Memastikan kawasan sekolah
dapat diselenggara dan terpelihara dengan sistematik.   



PENGURUSAN TAMAN


SISTEM PENGURUSAN TAMAN

i)       Sumber Manusia

Mewujudkan Suasana sekolah yang kondusif,menghijau dan menceriakan persekitaran sekolah maka pihak sekolah telah mengambil iktibar serta langkah  dengan menggalakkan pengujudan taman.Bagi mencapai tujuan ini,pihak pengurusan telah melaksanakan pengurusan taman yang bersesuaian mengikut perkembangan semasa iaitu dari segi reka bentuk taman yang sentiasa diubahsuai. Oleh itu,projek ini dibina secara bersama yang sebahagian guru-guru sekolah, kakitangan sekolah,murid-murid,pekerja kontrak pembersihan dan pengawal sekolah serta masyarakat setempat.

ii)      Pelan & Tatacara Pengurusan Taman

Berikut adalah pelan dan tatacara pengurusan taman yang diamalkan di sekolah ini.

Untuk merancang pengurusan taman maka pelan dan tatacara pengurusan perlu diamalkan . Setiap pengurusan perlu adalah pengenalan sesuatu projek, matlamat,objektif pelaksanan projek yang berhubungkait tentang penghijauan. Guru,murid  dan ibubapa juga mendapat manafaat daripada projek tersebut.Pelan pelaksanaan projek juga perlu disediakan dalam tatacara pengurusan taman. Salah satu daripadanya ialah menyediakan jadual kerja mengikut carta gantt,Pembentangan struktur projek, pemerhatian dan pemantuan ke kawasan taman dan gotong-royong membersihkan kawasan projek. Penubuhan ahli jawatankuasa pelaksana dalam pengurusan taman diujudkan supaya mereka dapat melaksankan  tugas-tugas yang diberikan.  Khidmat nasihat daripada pakar pengurusan tanam punca sumber kewangan perlu dibincangkan dalam mesyuarat bagaimana untuk mencari dana untuk memantapkan taman yang dibina. Selain itu,maklumat yang berkaitan dengan pengurusan taman perlu diketahui sebagai contoh meletakkan papan tanda nama setiap tumbuhan yang ditanam . Pelaporan sesuatu  pengurusan taman perlu dinyatakan. Pelaporan ini penting untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam pengurusan taman tersebut.


Jadual Bertugas
Jadual bertugas perlu dipamerkan di tempat yang mudah dilihat seperti di setiap papan kenyataan,di sudut pintu bilik dan luar pejabat. Penyediaan ruang khas ini penting untuk memudahkan petugas ketika itu merujuk supaya dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan







Pemantauan Kesihatan Habitat Taman
Pemantauan kesihatan habitat taman dikendalikan sendiri oleh kontrak pembersihan swasta, guru dan murid  yang berkaitan. Diantara yang dipantau adalah seperti berikut:

BIL
PERKARA
TINDAKAN
1
Kecerian taman
Kontrak pembersihan dan Unit Beruniform
2
Kesesuaian spesisi tumbuhan / herba
Guru Bahagian Penghijauan dan Guru kecerian
3
Penggunaan baja organik
Tukang Kebun dan murid Unit Beruniform
4
Penyiraman tumbuhan
Murid,tukang kebun dan Persatuan Bahasa
5
Penggunaan air hujan
Pekerja pembersihan


4.1.2   REKABENTUK TAMAN

i)         Keadaan Landskap Taman

Taman herba,Projek kolam ikan,Pondok Aman dan Pondok Orkid mempunyai landskap taman yang dirancang lebih awal.Tapak pembinaan setiap taman telah ditentukan oleh ahli jawatankuasa yang telah bermesyuarat dan mengambil kira tentang kesesuaian tapak. Dengan adanya keadaan Landskap Taman yang terancang serta menarik tema,kedudukan dan jenis tanaman yang disesuaikan

Taman Orkid

Taman Herba

Pondok Aman

Kolam Ikan


PROJEK MEMBERSIHKAN TEPI SUNGAI

Pada bulan Mei 2018 sebuah jentera telah dihantar oleh pihak pengurusan estet Reka halus untuk tujuan menerangkan dan membersihkan pokok-pokok kayu yang terdapat di tepi sungai di belakang sekolah ini.

Dengan adanya kerja pembersihan tepi sungai ini menjadikan kawasan sekolah ceria,pengudaraan dari sungai membuatkan setiap kelas dapat menikmati udara dari arah sungai.




PROJEK KOLAM SEKOLAH

Dua buah kolam telah disediakan di kawasan sekolah ini dan Estet Reka Halus telah memberikan perkhidmatan jentera penyediaan kolam.Pada bulan Mei kerja pembersihan semula telah dilakukan dengan menggunakan jentera pengorek.

Pihak pengurusan estet Reka Halus juga akan menyediakan pagar keselamatan untuk kedua-dua buah kolam ini


PROJEK MENARA BERKEMBAR PETRONAS DAN WATERPOOL


Projek Mini  Waterpool

    - Telah dilaksanakan pada 20.06.2017
    - Tempoh pelaksanaan dijangka  3 bulan
    - Sasaran perlu selesai projek siap sebelum bulan 8
    - Hasil Pencapaian :-

      i.        Pelaksanan projek adalah berdasarkan hasil mesyuarat yang telah ditetapkan.
    ii.        Sumbangan tenaga dan khidmat nasihat daripada guru dan PIBG.
   iii.         Pelaksanan projek akan didokumentasikan di dalam fail.


Menara Berkembar Petronas yang dibina dengan menggunakan bekas botol mineral water




PROJEK JETI SEKOLAH

Projek Membina JETI di kawasan sekolah

    - Telah dilaksanakan pada 03.04.2018
    - Tempoh pelaksanaan dijangka  3  bulan
    - Sasaran perlu selesai projek siap sebelum bulan 5
    - Hasil Pencapaian :-
      i.        1. Pelaksanan projek adalah berdasarkan perbincangan pihak sekolah SK.Sungai Sapi bersama Estate Reka Halus,Beluran.
2. Semua pelaksanan projek akan didokumentasikan di dalam fail serasi walaupun projek ini adalah insiatif daripada Estate Reka Halus.
3. Estate Reka Halus memberi sumbangan pembinaan jeti  atas keprihatian mereka dalam menyokong misi dan visi sekolah dalam projek sekolah hijau.